NAMA: EDLYNN ADURA BT ARSAD
NO.MATRIK: 2009428802
KOS: CT 225 SEMESTER 4 (FAK.TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK)
KOD PROGRAM: CTT 582
PENSYARAH: EN NUR AFIFI BIN MOHAMED TAIB
KUMP. CRISS CROSS GROUP 8 ( SHORT FILM "AD" )
DIRECTED BY: AINA MASTURA
TARIKH PENGGAMBARAN: 19 & 20 MAC 2011
Laporan Criss Cross Short Film "Ad"
Di bawah subjek Special Effect Make Up, saya bersama rakan sekelas telah ditugaskan melibatkan diri dalam sesi penggambaran filem pendek yang dianjurkan oleh Criss Cross Department. Kami diberi tanggungjawab sebagai make up artist di dalam filem-filem pendek yang dilakukan oleh fakulti kami.
Saya melibatkan diri dalam filem pendek 'AD' yang diarahkan oleh pelajar dibawah subjek pengarahan iaitu Aina Mastura sebagai jurumekap di dalam filem pendek tersebut.
Tarikh penggambaran bagi kumpulan kami adalah 19 & 20 Mac. Setelah saya bertemu dengan pengarah, kami membincangkan tentang apa yang terkandung di dalam skrip supaya saya boleh menyediakan keperluan mekap untuk sesi penggambaran.
Pengarah telah emailkan full script, master breakdown dan shooting schedule. Apabila saya membaca skrip ini, saya dikira bernasib baik kerana mekap yang akan digunakan adalah ringkas sahaja. Tidak perlu menggunakan mekap kesan khas. Walau begitu, saya sedikit kecewa kerana tidak berpeluang mengaplikasikan mekap kesan khas di dalam produksi ini.
Cerita ini hanya mempunyai 3 watak utama sahaja. Setelah saya kaji, watak Katty, Ad dan Nita hanyalah ringkas sahaja.. Mekapnya hanya mekap seharian dan tidak terlalu over. Manakala ada seorang watak perempuan gedik, saya diminta oleh pengarah supaya menampakkan mekap yang agak gedik dan garang untuk watak tersebut.
Dengan bantuan En Afifi, saya diberi peluang meminjam sedikit barangan mekap darinya, dan selebihnya saya menggunakan barang sendiri dan produksi.
Kami hanya menggunakan 2 hari sahaja bagi proses sesi penggambaran. Pada 19 Mac, sebelah paginya, saya bersama ahli-ahli produksi menuju ke seksyen 2 Shah Alam bertempat di Muzium Shah Alam. Setibanya di sana, terlebih dahulu kami makan beramai-ramai sementara menunggu talent. Kemudian saya meneruskan kerja saya make up kan 2 orang pelakon terlebih dahulu. Watak Ad dan Katty hanyalah ringkas sahaja. Memandangkan kulit muka talent saya tidak bermasalah, maka mudah bagi saya untuk membuat sentuhan make up kepada kulit wajah mereka supaya kelihatan natural.
~ Ini merupakan watak Ad iaitu watak utama dalam cerita ini.
~ Mekap pada mukanya hanyalah kelihatan natural sahaja.
~ Watak Ad hanya dilakonkan sebagai kisah Flash back...
~ Ini pula watak sebagai Katty.
~ wataknya hanya di sekitar kelas dan rumah sahaja
~ Jadi mekap yang dikenakan adalah natural sahaja.
~ Di tengah-tengah ini merupakan watak Nita iaitu merupakan teman rapat Katty dan merupakan adik kepada watak Ad.
~ Wataknya juga hanya natural sahaja.. dan ini merupakan permintaan pengarah sendiri.
~ Mekap yang dikenakan pada watak Maya (berbaju merah) adalah garang dan gedik.
~ Saya menggunakan mekap yang sedikit tebal berbanding dengan watak lain.
~ Matanya saya memberikan sentuhan smokey eyes dan diletakkan eye lashes supaya kelihatan lebih garang
~ watak-watak ini, sememangnya kelihatan natural.
~ Saya cuma perlu memantau menjaga konti mekap pelakon supaya tidak lari kontinya.
~ Hanya touch up apa yang perlu sahaja.
Sesi penggambaran hanya dilakukan di Seksyen 2 ( muzium Shah Alam) , Seksyen 8 ( rumah pengarah ) pada hari pertama penggambaran dijalankan..
Pada keesokannya iaitu bertarikh 20 Mac 2011, paginya, kami semua bergerak ke UITM kampus Puncak Alam, kerana sesi penggambaran dilakukan di sana. Ianya mengambil masa yang lama, kerana kami menghabiskan masa penggambaran kami sehingga 10 malam.
Sepanjang sesi penggambaran bersama ahli-ahli produksi ini,saya tidak mempunya sebarang masalah. Malah saya gembira kerana diberi peluang bertanggungjawab dalam bahagian make up untuk produksi ini.
Ini merupakan pengalaman yang gembira bagi saya bersama mereka walaupun kami sama-sama penat pada waktu sesi penggambaran dijalankan.
Saya berharap agar dapat bekerjasama dalam produksi sebegini, dan yang lagi mencabar minda saya di lain waktu..