Friday, April 22, 2011

SHORT FILM "ESON ABERGNA PANGERAN




~ Ini merupakan poster filem pendek yang diarahkan oleh Wanfi iaitu berjudul
 'Eson Abergna Pangeran'.
~ Mereka meminta kerjasama saya untuk membantu dari segi mekap pelakon
~ Ini kerana mekap yang digunakan dalam filem pendek ini adalah Special Makeup Effect.
~ Secara sukarela saya membantu mereka menghasilkan darah hasil daripada didikan dan ajaran dari En Afifi. 
~ Saya telah mengkaji skrip terlebih dahulu, dan Schedule Make up supaya saya boleh melakukan yang terbaik untuk filem pendek ini.


~ Ini merupakan bahan-bahan yang saya bancuhkan untuk menghasilkan fake blood.
~ Banyak babak di mana saya perlu mengaplikasikan mekap darah dan kesan khas lain.
~ Saya bertanggungjawab membantu Art Director dalam membancuh dan menggunakan darah ini untuk watak-watak pelakon dalam filem pendek ini.




CRISS CROSS REPORT

NAMA: EDLYNN ADURA BT ARSAD

NO.MATRIK: 2009428802

KOS: CT 225 SEMESTER 4 (FAK.TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK)

KOD PROGRAM: CTT 582

PENSYARAH: EN NUR AFIFI BIN MOHAMED TAIB

KUMP. CRISS CROSS GROUP 8 ( SHORT FILM "AD" )

 DIRECTED BY: AINA MASTURA

TARIKH PENGGAMBARAN: 19 & 20 MAC 2011

Laporan Criss Cross Short Film "Ad"

     Di bawah subjek Special Effect Make Up, saya bersama rakan sekelas telah ditugaskan melibatkan diri dalam sesi penggambaran filem pendek yang dianjurkan oleh Criss Cross Department. Kami diberi tanggungjawab sebagai make up artist di dalam filem-filem pendek yang dilakukan oleh fakulti kami.

     Saya melibatkan diri dalam filem pendek 'AD' yang diarahkan oleh pelajar dibawah subjek pengarahan iaitu Aina Mastura sebagai jurumekap di dalam filem pendek tersebut. 

     Tarikh penggambaran bagi kumpulan kami adalah 19 & 20 Mac. Setelah saya bertemu dengan pengarah, kami membincangkan tentang apa yang terkandung di dalam skrip supaya saya boleh menyediakan keperluan mekap untuk sesi penggambaran. 

     Pengarah telah emailkan full script, master breakdown dan shooting schedule. Apabila saya membaca skrip ini, saya dikira bernasib baik kerana mekap yang akan digunakan adalah ringkas sahaja. Tidak perlu menggunakan mekap kesan khas. Walau begitu, saya sedikit kecewa kerana tidak berpeluang mengaplikasikan mekap kesan khas di dalam produksi ini. 

      Cerita ini hanya mempunyai 3 watak utama sahaja. Setelah saya kaji, watak Katty, Ad dan Nita hanyalah ringkas sahaja.. Mekapnya hanya mekap seharian dan tidak terlalu over. Manakala ada seorang watak perempuan gedik, saya diminta oleh pengarah supaya menampakkan mekap yang agak gedik dan garang untuk watak tersebut. 

     Dengan bantuan En Afifi, saya diberi peluang meminjam sedikit barangan mekap darinya, dan selebihnya saya menggunakan barang sendiri dan produksi. 

     Kami hanya menggunakan 2 hari sahaja bagi proses sesi penggambaran. Pada 19 Mac, sebelah paginya, saya bersama ahli-ahli produksi menuju ke seksyen 2 Shah Alam bertempat di Muzium Shah Alam. Setibanya di sana, terlebih dahulu kami makan beramai-ramai sementara menunggu talent. Kemudian saya meneruskan kerja saya make up kan 2 orang pelakon terlebih dahulu. Watak Ad dan Katty hanyalah ringkas sahaja. Memandangkan kulit muka talent saya tidak bermasalah, maka mudah bagi saya untuk membuat sentuhan make up kepada kulit wajah mereka supaya kelihatan natural. 

~ Ini merupakan watak Ad iaitu watak utama dalam cerita ini.
~ Mekap pada mukanya hanyalah kelihatan natural sahaja.
~ Watak Ad hanya dilakonkan sebagai kisah Flash back...


~ Ini pula watak sebagai Katty. 
~ wataknya hanya di sekitar kelas dan rumah sahaja
~ Jadi mekap yang dikenakan adalah natural sahaja.


~ Di tengah-tengah ini merupakan watak Nita iaitu merupakan teman rapat Katty dan merupakan adik kepada watak Ad.
~ Wataknya juga hanya natural sahaja.. dan ini merupakan permintaan pengarah sendiri.


~ Mekap yang dikenakan pada watak Maya (berbaju merah) adalah garang dan gedik.
~ Saya menggunakan mekap yang sedikit tebal berbanding dengan watak lain. 
~ Matanya saya memberikan sentuhan smokey eyes dan diletakkan eye lashes supaya kelihatan lebih garang


~ watak-watak ini, sememangnya kelihatan natural.
~ Saya cuma perlu memantau menjaga konti mekap pelakon supaya tidak lari kontinya.
~ Hanya touch up apa yang perlu sahaja.

     Sesi penggambaran hanya dilakukan di Seksyen 2 ( muzium Shah Alam) , Seksyen 8 ( rumah pengarah ) pada hari pertama penggambaran dijalankan..

     Pada keesokannya iaitu bertarikh 20 Mac 2011, paginya, kami semua bergerak ke UITM kampus Puncak Alam, kerana sesi penggambaran dilakukan di sana. Ianya mengambil masa yang lama, kerana kami menghabiskan masa penggambaran kami sehingga 10 malam. 

     Sepanjang sesi penggambaran bersama ahli-ahli produksi ini,saya tidak mempunya sebarang masalah. Malah saya gembira kerana diberi peluang bertanggungjawab dalam bahagian make up untuk produksi ini.

     Ini merupakan pengalaman yang gembira bagi saya bersama mereka walaupun kami sama-sama penat pada waktu sesi penggambaran dijalankan.

     Saya berharap agar dapat bekerjasama dalam produksi sebegini, dan yang lagi mencabar minda saya di lain waktu..

Pembikinan Darah / Fake Blood

~ Fake Blood dilakukan adalah bertujuan bagi memberikan impak kepada mekap kesan khas.

~ Caranya hanya mudah sahaja.. saya hanya menggunakan bahan-bahan asas sahaja..Antaranya ialah:

  • Madu ( Golden Syrup )
  • Pewarna Merah ( Red )
  • Pewarna Biru / Hijau ( Blue/ Green)
~ Ketiga-tiga bahan di atas merupakan bahan asas bagi melakukan Fake Blood. Hanya menggunakan bahan makanan iaitu bahan membuat kek..adalah jauh lebih selamat dan menjimatkan daripada menggunakan bahan lain yang mungkin membahayakan diri sendiri.

~ Lihat gambar di bawah:


~ Ini merupakan Madu / Golden Syrup..
~ Ianya merupakan bahan asas yang paling penting bagi saya dalam menghasilkan Fake Blood.
~ Tidak mengirap madu jenis apa.. semuanya boleh digunakan.
~ Pastikan anda mendapatkan madu dengan menggunakan kos yang murah sahaja.


~ Ini pula merupakan pewarna kek..atau bahan makanan... 
~ Sedang didapati di mana-mana kedai kek / bakery shop..
~ Hanya menggunakan pewarna yang berwarna merah dan biru/hijau.
~ Banyakkan warna tidak mengapa dan tiada salahnya.
~ Tetapi warna biru / hijau pilih antaraya sahaja 
~kerana hanya menggunakan kuantiti yang amat sedikit dalam menghasilkan Fake Blood ini.



~ Ini pula merupakan Glycerine 
~ Mudah didapati di mana-mana kedai kek juga.. 
~ ianya menjadi bahan saya yang terpilih...
~ Tujuannya adalah bagi menampakkan peluh di wajah atau di mana-mana bahagian badan yang memerlukan peluh.
~ Bahan ini biasanya digunakan ketika sesi penggambaran atau lakonan bagi menampakkan aktor benar-benar berpeluh.


~ Ini merupakan Nescafe.. 
~ Ianya hanya sampingan atau tambahan jika anda mau menampakkan darah menjadi lebih pekat


~ Ini merupakan tepung Gandum..
~ Ia juga merupakan sampingan jika anda malu melihatkan darah kelihatan berketul-ketul
~ Bole didapati di kedai runcit sahaja.. 

HASIL:

~ Kesemua bahan-bahan di atas adalah merujuk kepada pembelajaran saya di dalam Kelas di bawah subjek Special Make Up Effect oleh Encik Fifi..

~ Dengan bahan-bahan ini, kami pelajar CT 225 cuma mengaplikasi bahan-bahan ini di dalam kelas dengan tunjuk ajar daripada pensyarah kami sendiri. 

~ Kami diberi peluang membuat eksperimen sendiri dengan bahan-bahan yang sedia ada mengikut kreativiti kami sendiri.

~ Saya cuba melakukan beberapa kesan mekap khas di dalam kelas dan praktikkan juga di rumah supaya dapat membiasakan diri menggunakan bahan-bahan ini.

~ Ini kerana kami perlu menyesuaikan diri terlebih dahulu kerana kami juga terlibat dalam Criss Cross Production dalam bahagian mekap. 

~ Di bawah merupakan hasil atau contoh-contoh gambar yang telah saya lakukan dalam eksperimen saya.


~ Di dalam kelas, saya cuba mengaplikasikan apa yang saya belajar pada jari saya.
~ Ia kelihatan seperti jari telah terpotong dengan darah yang meleleh.
~ Warna darah ini terhasil dengan hanya menggunakan bahan asas yang dinyatakan seperti di atas.


~ Untuk pertama kali.. saya mencuba melakukannya di tangan saya sendiri.. dengan bantuan Latex, saya mencapurkan dengan darah.. dan ia kelihatan real... 


~ Ini luka di bahagian nadi tangan... hasil daripada rakan sekelas saya...



~ Gambar ini telah saya edit setelah saya mengeksperimankan teman serumah...
~ Ini lah hasilkan luka di bahagia muka..kelihatan seperti cedera dihentak


~ Saya mengaplikasikan fake blood ini di muka saya sendiri..
~ menggunakan pisau sebagai prop..supaya menghidupkan karakter.


~ Saya menggunakan darah dan memenuhkan di bahagian muka.. supaya kelihatan cedera di muka.. 
~ Darah juga di kenakan juga pada pisau...
~ Saya juga cuba menggunakan kismis agar kelihatan seperti darah beku di bahagian dahi.







COntoh-contoh Kepingan gaMbar hasil daripada Special Effect Make up dengan penggunaan Latex Liquid

~ kesan khas mekap di bahagian muka... 
~ kelihatan seperti muka yang dijangkiti virus dan merbahaya.

~ kesan khas mekap di bahagia mata
~ matanya seperti benar-benar tercabut.

~ kesan mekap khas di bahagia betis.. 
~ kelihatan seperti luka yang amat teruk di bahagian betis 
~ kelihatan seperti luka yang sudah berulat

Slit Throat Using Liquid Latex

~ Kaedah kelar leher yang sangat ringkas tetapi kelihatan berkesan.

~ Ia tidak memakan masa yang lama.. hanya beberapa minit, dapat menyiapkan kelaran di leher..

~ ia kelihatan seolah-olah, lehernya benar-benar dikelar.. tetapi sebenarnya tidak..

Chelsea Grin With Liquid Latex Tutorial

Products Used:

- Liquid Latex
- Cinema Secrets Flesh & Injury Stacks
- Cinema Secrets Gel Blood


~ The tissues help give the latex its shape and it makes it easier to tear when the latex isn't completely dry (otherwise the latex just stretches). You can probably do it without them, but I think it's faster to use the tissues instead of layering the latex a bunch of times.

~ Ini merupakan cara yang mudah untuk membuat kesan khas di bahagian mulut.. Ianya kelihatan seperti betul-betul luka dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja...

~ kesan khas mekap seperti ini sememangnya boleh diaplikasi untuk watak-watak yang mengalami luka begini...

~ Kaedah yang ringkas tetapi it looks real..